top of page

Sentiasa hayati erti pengorbanan, ketakwaan di Aidiladha

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 17, 2024
  • 1 min read


Rakyat malaysia beragama Islam diseru agar sentiasa menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s sempena Hari Raya Aidiladha.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, penghayatan pengorbanan itu penting bagi menguatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, juga mendidik menjadi individu yang mulia.


"Semoga kita sentiasa memahami dan menghayati erti pengorbanan sebenar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dalam membuktikan ketaqwaannya kepada Allah SWT.


"Pada masa sama, marilah kita doakan agar saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji memperoleh haji yang mabrur, dan selamat pulang ke tanah air nanti," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page