top of page

Senator PH di Dewan Negara mahu isu skandal kapal TLDM dibahas



Senator Pakatan Harapan di Dewan Negara mahu perbahasan diadakan berhubung skandal pembinaan kapal tempur (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)


Menurut Senator Fadhlina Sidek, skandal tersebut amat perlu dibahaskan kerana ia berkepentingan awam dan telah menimbulkan persoalan mengenai ke manakah wang negara digunakan.


"Ada beberapa perkara kami ingin seru dalam cadangan usul ini. Pertama kita mahu pertimbangan usul ini untuk dibawa ke Dewan Negara atas dasar ia telah pun dirujuk kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Jadi adalah tanggungjawab Parlimen termasuklah Dewan Negara untuk membicarakan usul ini


"Saya seru rakan yang lain untuk sama sama melibatkan diri dalam perbahasan supaya ia dilihat sebagai satu kepentingan negara secara bi-partisan," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.


Sekiranya usul dibenarkan untuk perbahasan, Ketua Wanita KEADILAN itu mahu Menteri Pertahanan hadir menjelaskan secara lanjut berkenaan isu kapal LCS berkenaan.


"Kita mahu penglibatan Menteri yang bertanggungjawab dalam isu ini untuk hadir ke dewan jika isu ini dibenar dibahaskan," katanya lagi.


Selain Fadhlina, dua lagi senator Lim Hui Ying dan Datuk A Kesavadas Nair juga menyatakan hal sama.


Khamis lepas, PAC mendedahkan skandal LCS yang bermula 18 November 2020 tetapi selepas 11 tahun tiada satu kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek itu yang diberikan secara rundingan terus dan nilai RM6.083 bilion telah dibayar yang memperuntukkan lima kapal seharusnya disiapkan dan diserah kepada TLDM setakat Ogos 2022.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page