top of page

SenaMERDEKA KEADILAN Wangsa Maju tingkat semangat patriotisme

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Andrea Lai (depan) bersama program SenaMERDEKA yang berjaya menghimpunkan lebih 300 peserta
Andrea Lai (depan) bersama program SenaMERDEKA yang berjaya menghimpunkan lebih 300 peserta

Oleh: Akmal Manaf


Demi menyemarakkan semangat cintakan tanah air sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68, KEADILAN Wangsa Maju telah menganjurkan program SenaMERDEKA yang berjaya menghimpunkan lebih 300 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng berkata, program yang berlangsung di Tasik Danau Kota itu diserikan dengan laungan keramat 'Merdeka' dan kibaran Jalur Gemilang yang megah, sebagai lambang perpaduan rakyat sepertimana diimpikan sejak 68 tahun lalu.


Katanya, KEADILAN sememangnya meraikan perbezaan di sebalik perpaduan, malah reformasi telah menjadi asas kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan dan formula itu merupakan yang terbaik buat Malaysia, serta diidamkan banyak negara.


"Saya menetapkan janji buat akar umbi, di mana KEADILAN Wangsa Maju akan sentiasa bergerak bersama mereka meskipun kemelut bendera terbalik baru-baru ini telah menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa.


"Paksaan sesetengah pihak yang berfikiran sempit, mempelawa skandal yang tidak diingini dan cemburu dengan kejayaan tidak sepatutnya mengguna taktik sebegitu untuk menjatuhkan pimpinan kerajaan.


"Saya menyeru agar kita tidak menjadi burung unta iaitu sekadar menggali lubang untuk masukkan kepala dalam tanah yang tidak akan menyelesaikan masalah.

Peserta senamrobik sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68
Peserta senamrobik sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68

"Malah, kita harus berdepan dengan realiti yang sememangnya kejam, namun jika dapat mengharungi, kesudahannya pasti indah. Anda akan jadi lebih selamat kerana pasukan kami telah diuji sebanyak tiga penggal berturut-turut," katanya dalam satu kenyataan.


Malah, kata Andre Lai lagi, meskipun prinsip perjuangan KEADILAN sentiasa tegas dengan laungan 'Lawan Tetap Lawan', namun ada ketika masa untuk menyatakan kasih sayang dan penghargaan.


"Membujur lalu, melintang patah kata mereka. Tetapi sampai masanya, saya tetap sayang kepada ahli-ahli yang teguh memberi kesetiaan, kerana dengan kekuatan itu kita mampu mencipta kemenangan dalam PRU.


"KEADILAN Wangsa Maju teguh bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar.


"Biarkan kami akar umbi menjalankan tugas. Biar kami angkat pimpinan setempat menjadi sebahagian daripada keluarga besar KEADILAN.


"Dengan iltizam berpandukan reformasi, saya akan menjadikan Wangsa Maju kubu kuat KEADILAN dulu, kini dan selamanya," ujar beliau dengan penuh semangat.


Dalam pada itu, Andre Lai yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan turut merakamkan penghargaan kepada Jojo Linedance yang disifatkannya sebagai sahabat setia KEADILAN Wangsa Maju.


Katanya, komitmen yang ditunjukkan oleh Jojo, Yap dan Ivy yang juga sebahagian daripada pimpinan Cabang, telah mengharumkan nama KEADILAN Wangsa Maju dengan komitmen yang serius.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page