top of page

Semua pimpinan wajib jadi anggota Koperasi KEADILAN - Anwar



Semua pemimpin KEADILAN diwajibkan menjadi ahli Koperasi KEADILAN Berhad (KIRA).


Hal itu diumumkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kongres Nasional KEADILAN 2023 petang ini.


"Keputusan pertama dalam kongres ini, setiap pimpinan di semua peringkat dimestikan menjadi anggota KIRA sebelum akhir tahun ini.


"Ini perlu kerana satu ikhtiar yang baik melangkau agenda khusus tetapi (menjana) ekonomi rakyat.


"Koperasi ini adalah kegiatan ekonomi yang mungkin menjadi gergasi jika boleh didukung oleh ramai dan diurus dengan baik," katanya.


Menurut Anwar, sejarah koperasi mempunyai tempoh kegemilangnya dalam waktu tertentu, namun pengurusan sering menjadi masalah.


"Sekiranya ada jaminan pengurusan yang baik, saya percaya kita akan sekali lagi menempa sejarah bagaimana koperasi boleh meningkat dalam masa singkat.


"Saya minta beri senarai kepada saya 15 Disember ini, berapa pimpinan, MPP. Saya nak rekod, saya tidak tolak ansur kalau ada pimpinan mana mana peringkat yang tidak menjadi anggota KIRA. Kerana ini satu ikhtiar baru kita dalam ekonomi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page