top of page

Semua Pihak Sokong Undang-Undang Anti-Lompat Parti?


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul optimis semua pihak akan menyokong pindaan undang-undang pilihan raya Malaysia yang menghalang wakil-wakil rakyat daripada melompat parti.


Pindaan itu katanya sedang dibincangkan dalam kaukus yang ketuai oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz. Ahli-ahli Parlimen lain turut mengambil bahagian mewakili parti masing-masing dalam kaukus berkenaan.


Idea mengekang lompat parti datangnya dari Inter-Parliamentary Union Malaysia yang diketuai oleh Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.


Undang-undang menghalang lompat parti sangat penting kerana perlakuan tidak bermoral tersebut boleh menjatuhkan kerajaan. Akibatnya kerajaan baharu yang dibentuk tidak stabil dan menyukarkan pelaburan asing untuk masuk menanam modal.


Namun bukan mudah untuk meluluskan undang-undang anti lompat parti kerana undang-undang di peringkat negeri sebelum ini gagal akibat Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan warganegara Malaysia bebas menganggotai mana-mana pertubuhan.


Bagaimanapun kaukus akan meneliti sebarang pindaan undang-undang yang boleh mengikat Ahli Parlimen yang dipilih menggunakan satu-satu lambang dan mereka yang telah dipilih tidak akan mengkhianati rakyat.


Tempoh 6 bulan diberikan kepada kaukus untuk meneliti dari pelbagai sudut undang-undang, adakah memerlukan pengundian majoriti mudah atau majoriti 2/3 bagi kelulusan di Parlimen.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page