top of page

Semua negara perlu tolak cadangan AS pindahkan rakyat Gaza

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 6
  • 2 min read


Keputusan Malaysia bertegas menolak rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan rakyat Palestin di Gaza ke negara-negara Arab yang berhampiran merupakan tindakan tepat dan wajar.


Ketua Penerangan Wanita KEADILAN, Noraini Nordin berkata rancangan AS tersebut adalah cubaan untuk mengusir penduduk Palestin dari Gaza sekali gus menjadikan wilayah itu kelak sepenuhnya dikuasai oleh Israel.


"Bukan sahaja rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama mesti bersuara menolaknya, bahkan seluruh dunia wajar sepakat membantahnya.


"Sepatutnya setelah genjatan senjata dicapai di Gaza, semua penduduk Palestin berhak kembali ke kawasan kediaman yang mereka duduki sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Noraini berkata sebarang pengusiran secara halus atau paksa terhadap penduduk Palestin untuk meninggalkan Gaza tidak sepatutnya dilakukan.


"Ini kerana Gaza adalah tanah air rakyat Palestin dan mereka mesti dibenarkan hidup dan menghabiskan perjalanan kehidupan mereka sehingga ke akhir hayat di situ," katanya.


Laporan media antarabanga sebelum ini menyebut Presiden AS, Donald Trump mengumumkan rancangan untuk memindahkan rakyat Palestin keluar dari Gaza ke negara-negara jiran secara kekal, sambil memanggil Gaza sebagai 'tapak perobohan.'


Katanya, selepas mereka dipindahkan AS akan mengambil alih Gaza dan akan melakukan sesuatu dengannya.


"AS akan menangani bom-bom yang belum meletup, 'meratakan tapak' dan mengalihkan bangunan yang telah musnah, selain mewujudkan pembangunan ekonomi yang bakal menyediakan penempatan serta pekerjaan tanpa batas kepada penduduk di kawasan itu," jelasnya.


Cadangan Trump itu telah mengejutkan dunia dan dianggap sebagai “kegilaannya” yang tidak masuk akal.


Sebagai reaksinya, Malaysia menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan yang boleh mengakibatkan pemindahan warga Palestin secara paksa daripada wilayah itu.


Malaysia juga menyifatkan langkah itu satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata sebarang percubaan unilateral – secara langsung atau tidak langsung – untuk menjejaskan hak rakyat Palestin dalam menentukan nasib sendiri sama sekali tidak boleh diterima dan hanya memanjangkan lagi konflik.


"Malaysia terus bersolidariti dengan rakyat Palestin, laluan ke arah keamanan dan kestabilan berpanjangan di Timur Tengah adalah menerusi penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka, berasaskan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya," kata kenyataan Wisma Putra itu lagi.


Malaysia turut mengulangi gesaan agar resolusi yang dicapai pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam pada 11 November tahun lepas, supaya semua negara yang belum menyokong penyelesaian dua negara agar segera mengiktiraf Negara Palestin yang dan menyokong ia sebagai anggota penuh PBB.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page