top of page

Semua MP perlu selesai divaksin bulan April, adakan sidang Parlimen bulan Mei

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Mar 11, 2021
  • 1 min read

ree

Semua ahli Parlimen seharusnya selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 pada bulan April, sebelum mengadakan sidang Parlimen pada bulan Mei.


Jurucakap hal ehwal kesihatan bagi KEADILAN, Dr Lee Boon Chye berkata setelah semua ahli Parlimen menerima suntikan vaksin, sidang Parlimen sudah selamat untuk bersidang.


″Kita harus bersiap sedia untuk sidang Parlimen pertama tahun ini pada bulan Mei. Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), spa dan salon kecantikan dibenarkan beroperasi. Mengapa tidak sidang Parlimen? soalnya.


Dr Lee juga menggesa speaker Dewan Rakyat supaya mula merancang untuk mengadakan sidang Parlimen.


"Selain SOP dalam Parlimen, penghadang lutsinar untuk setiap tempat duduk dalam dewan perlu dikekalkan," katanya.


Setakat ini, hanya beberapa ahli Parlimen dari kerajaan dan ahli Parlimen pembangkang sudah menerima suntikan vaksin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page