top of page

Semua agensi KDN digerakkan banteras pemalsuan MyKad

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggunakan semua peruntukan undang-undang sedia ada untuk membanteras pemalsuan dan penyalahgunaan Mykad dalam kalangan pekerja asing di negara ini.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, kementeriannya akan menggerakkan semua agensi yang berkaitan untuk membendung penyalahgunaan itu, terutama ketika kerajaan sedang melaksanakan penyasaran subsidi dan mengelakkan manfaat itu bocor kepada warga asing.


"Berlaku penggunaan Mykad palsu dan pemilikan Mykad orang lain oleh pekerja asing susulan serbuan di sebuah kilang elektronik di Selangor oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK) baru-baru ini.


"Siasatan awal mendapati ada pekerja asing membeli MyKad palsu pada harga sekitar RM300. Justeru, siasatan kini memfokuskan keseluruhan rantaian termasuk ejen dan majikan, dengan penglibatan semua agensi penguatkuasa," katanya dipetik.


Saifuddin berkata begitu kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Inden Projek Mesra Rakyat kepada kontraktor di Kulim Hi-Tech Park di Kulim semalam.


Sementara itu menurut Saifuddin, sistem data JPN yang tepat dan dipercayai membolehkan pemalsuan MyKad dikesan dengan mudah, sekali gus menafikan sebarang cubaan menembusi sistem keselamatan negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page