top of page

Seminggu puasa MYSaveFood selamatkan 8.1 tan lebihan makanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 21, 2024
  • 1 min read


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyelamatkan 8.1 tan metrik makanan dan minuman di bazar Ramadan seluruh negara dalam tempoh enam hari berpuasa.


Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata, kempen itu yang digerakkan dibawah MYSaveFood berjaya menyelamatkan makanan dan minuman dianggarkan bernilai RM116,000 yang kemudian diagihkan percuma kepada golongan sasar seperti pelajar universiti, asnaf, gelandangan, rumah kebajikan, dan rumah ibadah.


"Antara SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan ialah setiap makanan yang didermakan itu masih elok dan boleh dimakan," katanya dipetik selepas mengadakan lawatan di Bazar Ramadan Rahmah di Sabak Bernam, Selangor pada Rabu.


Mengulas lanjut beliau menjelaskan, kempen itu digerakkan kementeriannya dengan kerjasama rakan strategik Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA).


Sebanyak 35 Gerakan Pengguna Siswa (GPS) iaitu kelab pengguna di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) digerakkan di seluruh negara bagi menjayakan program berkenaan.


"Pada tahun lalu sahaja kita telah melaksanakan MySaveFood di 55 bazar Ramadan dan telah berjaya menyelamatkan 25 tan makanan daripada terbuang dengan nilai RM281,000," tambahnya.


Pada lawatan itu Fuziah turut berkesempatan membuat lawatan ke inkubator keusahawanan mesin retort dan nox coffee dikendalikan sepenuhnya penuntut di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).


"Melalui penubuhan inkubator ini, aktiviti mesin retort dipelbagaikan dengan aktiviti keusahawanan dan penghasilan produk khas pelajar PSIS.


"Kesan penubuhan inkubator ini, satu produk pelajar dihasilkan melalui jenama S-PSIS Retort dan seterusnya hasil jualan produk di sumbangkan kepada Foodbank@PSIS serta digunakan dalam sumbangan khususnya kepada pelajar PSIS," kata beliau.


Коментари


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page