top of page

Semarakkan semangat sambut Hari Kebangsaan - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 1
  • 1 min read

ree

Dalam usaha menyemarakkan semangat kebangsaan yang inklusif, Jawatankuasa Media dan Publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, kini telah menyediakan reka bentuk bahan promosi dan publisiti bertemakan 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni'.


Perkara tersebut diumumkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media mingguan hari ini.


Sehubungan itu, Fahmi menyeru rakan-rakan media untuk bersama-sama memperhebatkan promosi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.


''Promosi boleh digerakkan dengan menggunakan reka bentuk visual utama yang telah disediakan dan boleh dimuat turun menerusi portal rasmi www.merdeka360.my,'' katanya di Putrajaya hari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page