Semangat Tahun Lembu Emas jana kekuatan ekonomi, pentadbiran negeri



Semangat Tahun Lembu Emas perlu menjadi sandaran bagi mencapai peningkatan ekonomi dan kekukuhan pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Harapan (PH) pada tahun ini.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminudin Shari dalam ucapan tahun baharu secara maya pagi tadi menegaskan dalam keadaan yang paling mencabar, KEADILAN masih terus teguh mentadbir negeri dan terus kukuh dalam arus songsang politik negara.


"Walau dalam suasana getir dan mencabar KEADILAN masih lagi tegak kukuh untuk mempertahankan prinsip dan asas kita walaupun berdepan cabaran Covid 19. Komitmen yang ditunjukkan pada hari ini menunjukkan bahawa semangat yang berdiri tegar dalam parti ini terus menjadi tunjang dan dipersembahkan dengan serius, bukan hanya sebagai token atau gambaran dipermukaan semata-mata.


"Di Peringkat negeri sudah pasti semangat KEADILAN dan PH menjadi tunjang kita. Pentadbiran yang kukuh, padu serta berkemampuan untuk menunjukkan keupayaan sebenar serta kemampuan mempertahankan prinsip integriti dan keterbukaan yang kita bina dan kembangkan sejak 2008 lagi.


"Terbukti Selangor adalah contoh bagaimana prinsip itu membawa kemajuan dan pembangunan. Di tahun 2019 sebagai contoh Selangor menyumbang 24.2% KDNK negara.


"Ini terbukti bahawa dengan keterbukaan, integriti, pentadbiran kepelbagaian dan mendengar pendapat semua pihak ia akan membawa kemakmuran dan kejayaan yang lebih baik berbanding ketutupan dan ketakutan yang dibuat oleh politik perkauman yang sempit," katanya.


Beliau mengingatkan kepada ahli-ahli KEADILAN agar melupakan terus detik getir pada Februari tahun lalu selepas Tahun Baharu Cina, yang memecahkan-belahkan kesatuan politik PH.


Katanya, peristiwa tersebut telah berlaku dan perpaduan dalam kalangan ahli serta parti komponen perlu dirapatkan.


"Sambutan Tahun Baharu Cina ini mengingatkan kita tentang kegetiran peristiwa tahun lepas yang begitu menggetirkan.


"Sudah pasti ingatan kita sangat penting bahawa dengan semangat Tahun Lembu Emas ini akan membuahkan kekuatan. Dan semangat inilah yang ingin kita bawa dalam parti dan PH untuk membawa masyarakat kita ke arah lebih baik," katanya lagi.


Amirudin mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia keturunan Tiong Hua.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio