top of page

Semangat MotoGP di Sepang harus jadi inspirasi anak muda

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
8 hours ago
1 min read
DS Anwar melambai kepada para penonton MotoGP  di Litar Antarabangsa Sepang, semalam
DS Anwar melambai kepada para penonton MotoGP  di Litar Antarabangsa Sepang, semalam

Semangat sukan permotoran yang ditampilkan menerusi penganjuran PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang diharap terus menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk menceburi bidang berkenaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganjuran MotoGP Malaysia 2026 yang melabuhkan tirainya semalam berlangsung meriah, selain menyajikan aksi mendebarkan daripada pelumba-pelumba terbaik dunia.


Beliau berkata, pelbagai kenangan menarik pastinya tercipta sepanjang edisi kali ini, yang turut memperlihatkan semangat dan persaingan sengit dalam sukan permotoran.


Anwar menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pemenang dan pelumba yang mengambil bahagian dalam hantaran di media sosial, selain merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas, penganjur, sukarelawan serta peminat atas usaha dan sokongan mereka dalam menjayakan acara berprestij itu.


Menurut beliau, kemeriahan MotoGP bukan sahaja menghiburkan peminat sukan permotoran, malah berpotensi menyemarakkan minat generasi muda terhadap bidang berkenaan.


Beliau berharap semangat yang ditampilkan sepanjang perlumbaan itu dapat mendorong lebih ramai anak muda untuk mengembangkan bakat serta berusaha mengharumkan nama negara.


Anwar turut mengakhiri ucapannya dengan harapan agar kemeriahan sukan permotoran terus berulang di Sepang pada masa akan datang.


"Jumpa lagi di Sepang!"


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page