top of page

'Selesaikan kemelut dalaman Bersatu dulu sebelum sibuk ramal PRU'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seharusnya menumpukan usaha menyelesaikan kemelut dalaman parti itu yang kian meruncing berbanding sibuk membuat unjuran pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) seterusnya.


Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Fahmi Fadzil berkata, situasi politik dalaman Bersatu ketika ini lebih 'rancak dan dinamik' susulan penyebaran surat layang memburukkan Timbalan Presidennya.


"Politik dalaman Bersatu sekarang lebih sangat rancak dan dinamik.


"Jadi unjuran saya bagi Bersatu ialah fokus kepada Perhimpunan Agung Tahunan mereka, siasat kenapa ada surat layang yang didedahkan. Politik seperti itu tidak baik," kata dipetik pada sidang akhbar di Putrajaya semalam.


Kenyataan Fahmi itu sebagai sindiran kepada kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan PRU16 akan diadakan tahun hadapan.


Untuk rekod, terdapat dakwaan surat layang tersebar dalam pelbagai ‘group’ WhatsApp penyokong Bersatu menjelang beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu yang dijadualkan hujung minggu ini.


Ketua Bersatu Hang Tuah Jaya, Mohd Azrudin Md Idris dipetik laporan media percaya penyebaran surat tersebut sebagai ‘gerak kerja terancang’ memburukkan pimpinan tinggi parti tersebut.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page