top of page

Selesai masalah masyarakat India: Perlu lebih banyak dialog bersama pemimpin, NGO



Penyelesaian masalah masyarakat India di Malaysia perlukan lebih banyak dialog bersama ketua ketua masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)


Hal itu ditegaskan oleh Naib Presiden KEADILAN, Saraswathy Kandasamy. Katanya, dengan dialog terbuka maka masalah masyarakat India yang lebih terperinci dapat dikenalpasti termasuk cadangan penyelesaiannya.


Katanya, beliau telah pun memulakan usaha berkenaan akan lebih melipat gandakannya selepas dilantik sebagai Naib Presiden.


"Dengan latar belakang saya juga penglibatan saya dalam media, saya sepanjang masa ini pun sudah banyak (mengadakan) pertemuan dan perbincangan dengan NGO.


"Selepas ini memberi saya mempunyai peluang lebih baik untuk mewakili masyarakat India dari segi parti untuk menemui mereka dan berbincang membentuk polisi dan pandangan mereka," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut peguam berkenaan, penglibatan NGO amat penting dalam proses tersebut kerana hubungan rapat mereka dengan akar umbi sama ada menerusi program bantuan, konsultasi dan sebagainya.


"Penglibatan NGO penting sebab mereka menjadi jambatan antara orang ramai dan di bawah. Mereka ada pelbagai jenis NGO sama ada wanita, remaja, keagaman atau kebajikan.


"Ini (lantikan jawatan) akan memberi satu peluang kepada saya berjumpa dengan mereka dan berbincang isu masalah masyarakat India secara mendalam," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page