top of page

'Selesai isu air Kedah, Sanusi jangan banyak main drama' - Johari



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor digesa mengutamakan penyelesaian masalah air di negeri itu berbanding terus bermain drama politik murahan.


Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim membuat gesaan itu melalui satu kenyataan media sebagai mengulas kenyataan Sanusi di laman Facebook yang seolah-olah menyerang Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Ia susulan tindakan Saifuddin hadir ke sesi townhall di Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Jelajah Ikon Madani di Kedah dan Perlis baru-baru ini.

"Program ini pula berlangsung pada hari Sabtu dan kebetulan Saifuddin berada di Kedah di samping tugas hakiki beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dan juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah. Jadi apa yang masalahnya beliau hadir penuhi jemputan penganjur?.


"Saya minta Sanusi fokus pada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Jangan merendahkan diri sendiri sebagai seorang MB dengan berperangai 'loqlaq' dan cara memperlekeh kerja orang lain


"Rakyat Kedah ramai yang merungut pasal isu air, minta Sanusi fokus dengan menyelesaikan masalah rakyat berkenaan isu air dari terus mencari kesalahan orang lain," katanya.


Sanusi yang merupakan Pengarah Pilihan Raya parti Pas dalam satu hantaran Facebook cuba mempersoal kehadiran Saifuddin ke sesi townhall di UUM dan mendakwa Saifuddin mempunyai ‘masa’ untuk menyebarkan propaganda berbanding kerja hakiki sebagai Menteri.


Beliau juga mendakwa Saifuddin mengarahkan tiada sebarang rakaman dibuat pada sesi soal jawab itu.


Menjawab tuduhan itu Johari berkata, tidak timbul isu sesi itu dihalang dari dirakam, sebaliknya siaran langsung tidak dapat dibuat kerana isu capaian internet yang teruk.


"Rakaman telah dibuat dan akan disiarkan penuh di media sosial," tegasnya.

Dalam kenyataan sama, Johari turut menempelak sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu yang tidak menyentuh isu air Kedah yang mendapat perhatian ramai mahasiswa.


Sebaliknya kata Johari, Sanusi hanya mempergunakan mahasiswa untuk meraih sokongan politik demi survival jawatan sebagai menteri besar.


"Kita mengambil pendekatan untuk menjelaskan isu-isu yang berbangkit secara terbuka dan penuh tanggungjawab berbanding pendekatan Sanusi yang tidak lebih dari sekadar bertujuan mengalih perhatian terhadap kegagalan menguruskan isu air dengan membangkitkan isu tuntutan kedah ke atas Pulau Pinang.


"Semua yang hadir boleh lihat bahawa sesi soal jawab tersebut berjalan dengan cukup aktif, tiada soalan disekat yang jelas ternyata mahasiswa cukup cakna dalam hal ini. Dalilnya, mereka membangkitkan tentang mutu perkhidmatan bekalan air yang cukup teruk di Kedah serta kewajaran isu Kedah menuntut Pulau Pinang sebagai wilayahnya yang sering kali disuarakan oleh Sanusi," katanya.


Pendekatan dalam program di Universiti Utara Malaysia itu, kata Johari jauh berbeza dengan cara Sanusi yang mengumpulkan mahasiswa di kediaman rasmi Menteri Besar, kemudian dakwanya mahasiswa diminta berikrar untuk menyokong Pas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page