top of page

Selepas tahun baharu, kembali bergerak mantapkan parti - Dr Tan



Perjuangan KEADILAN perlu dimantapkan terutama gerak kerja akar umbi.


Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew, suasana selepas Tahun Baharu Cina ini lebih mencabar apabila KEADILAN berhadapan cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang mungkin diadakan pada bila bila masa.


Katanya, dalam tidak melupakan luka lama dikhianati teman teman ketika Langkah Sheraton, parti juga perlukan strategi baharu untuk menang PRU kelak.


"Kali terakhir kita menyambut Tahun Baru Cina sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah pada tahun 2020 atau sebulan sebelum kerajaan PH dirampas dalam ‘Langkah Sheraton’ pada 24 Februari.


"Sudah 3 tahun kita hilang Putrajaya dan kembali sebagai pembangkang. Kita marah, kecewa tetapi kita tidak berputus asa. Ahli-ahli baru kian bertambah setiap hari dan aktiviti-aktiviti di semua kawasan Pakatan Harapan (PH) diteruskan walaupun Ahli Parlimen pembangkang dinafikan peruntukan oleh kerajaan. Namun, saya rasa ini juga masa untuk kita berfikir atau merenung di mana kesilapan sehingga kerajaan PH jatuh.


"Kita menyalahkan Tun Mahathir dan saya tidak menafikan beliau adalah faktor utama yang mengakibatkan kejatuhan Kerajaan PH. Tetapi tidakkah kita juga bertanggung jawab, khususnya mereka yang di dalam kerajaan dan kabinet? Kita gagal menghalang Tun Mahathir daripada membuat keputusan tanpa persetujuan Majlis Presiden dan kita gagal mempertahankan manifesto kita.


"Walaupun semua itu peristiwa masa lalu tetapi jangan kita lupa mengambil iktibar," katanya.


Dr Tan yang juga mantan Bendahari Agung parti turut mengingatkan prestasi KEADILAN selepas menang Pilihan Raya Kecil terakhir di Port Dickson amat tidak menentu dan mengalami kekalahan dalam dua Pilihan Raya Negeri


Hal itu, katanya, perlu diteliti dan diambil tindakan segera sebelum PRU tiba.


"Kita perlu bertindak segera, kalau tidak kita akan tenggelam pada PRU 15 nanti. Politik masa kini penuh dengan cabaran dan ketidakpastian akibat perpecahan parti politik dan kewujudan golongan ‘pengundi 18’.


"Di peringkat Cabang apa yang kita perlu buat? Bagi saya setiap cabang bertanggung jawab mempertahankan kawasan masing masing.


"Oleh itu, saya mohon ahli ahli cabang supaya bersama-sama kita mempertahankan Wangsa Maju," katanya.


Di samping itu, beliau juga mahu gerak kerja akar umbi lebih hebat dilakukan sebaik sahaja PKP dilonggarkan dan rakyat perlu didampingi serta diatasi kesukaran hidup mereka.


"Dengan tamatnya PKP, rakyat sudah dibenarkan mengadakan aktiviti dalam kumpulan kecil, saya amat berharap Cabang dapat mengadakan lebih banyak aktiviti sosial untuk penduduk dan aktiviti politik untuk ahli-ahli kita.


"Masa sudah sampai untuk kita bergerak," katanya lagi.


Dr Tan juga tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada semua pemimpin Cabang yang telah berkerja bersungguh-sungguh dan bertungkus-rumus membantu pusat khidmatnya menyalurkan bantuan makanan kepada mereka yang terjejas sewaktu PKP dalam 2 tahun kebelakangan. Pusat khidmat Wangsa Maju telah menyalurkan 6 kali bantuan sepanjang tempoh masa ini.




0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page