top of page

Selepas skandal kapal LCS, skandal meriam Howitzer libatkan PM Ismail



Skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) masih belum selesai kini negara dikejutkan pula dengan skandal pembelian meriam self-propelled Howitzer (SPH) yang melibatkan peruntukan sekitar RM854 juta.


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, sekiranya LCS hanya melibatkan pemimpin Umno yang telah dijatuhkan dalam Pilihan Raya Umum ke 14, skandal pembelian meriam ini pula melibatkan Perdana Menteri (PM) semasa Umno.


"Saya telah mengkaji kontroversi perolehan ini sejak beberapa bulan dan mendapati ada bukti-bukti bahawa keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi Kerajaan membelakangkan spesifikasi dan keperluan angkatan tentera.


"Kementerian Pertahanan telah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan agar perolehan sistem meriam artileri SPH yang baru melalui proses tender terhad, seperti amalan perolehan kelengkapan pertahanan amnya.


"Memang menjadi amalan perolehan pertahanan negara bahawa pendekatan tender terhad digunakan untuk mengimbangi keperluan kerahsiaan pertahanan negara (supaya spesifikasi persenjataan tidak diketahui umum) dan mendapatkan nilai terbaik wang rakyat (agar pembida terbaik dilantik)," katanya dalam kenyataan hari ini.


Malangnya dakwa Rafizi, sebuah syarikat mahukan pembelian peralatan tempur berkenaan dibuat secara runding terus dan mahu PM Ismail Sabri Yaakob campurtangan.


Lebih malang, dakwanya PM telah merakamkan nota arahan dan tular di media sosial baru baru ini yang menjadi sandaran keputusan Kementerian Kewangan mengarahkan perolehan berjumlah RM853 juta diberikan kepada syarikat yang meminta secara rundingan terus.


"Pada 25 Julai 2022, Kementerian Pertahanan akhirnya terpaksa akur dengan arahan Menteri Kewangan


"Meskipun hal itu bertentangan dengan kehendak dan permohonan Kementerian Pertahanan sebelum itu yang mahu perolehan ini dibuat secara tender terhad," katanya.


Mantan Ahli Parlimen Pandan itu telah melakukan semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ke atas butiran syarikat yang memperolehi tender berkenaan.


"Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan syarikat ini hanya ditubuhkan tidak sampai dua tahun dari tarikh anugerah kontrak oleh kerajaan, tanpa rekod dalam industri pertahanan dan pembekalan persenjataan yang sebegini besar," kata Rafizi.


Beliau bertanya mengapakah Kerajaan Umno – Pas - Bersatu terus menggadaikan kepentingan pertahanan negara dan kebajikan askar dengan memperjudikan sistem persenjataan di tangan syarikat-syarikat yang tidak ada pengalaman dan rekod cemerlang.


"Oleh kerana Umno nampaknya begitu yakin dengan sokongan pengundi Melayu kepada mereka sehingga sanggup memanggil PRU15 semasa banjir, saya ingin lihat berapa banyak lagi sokongan kepada Umno jatuh merudum apabila mereka berkempen di dalam banjir untuk mempertahankan penyelewengan-penyelewengan sistem pertahanan negara seperti LCS dan meriam artileri SPH ini," sinis Rafizi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page