top of page

Selepas anak, SPRM tahan MB Perlis bantu siasatan kes tuntutan palsu



Menteri Besar (MB) Perlis, Mohd Shukri Ramli (gambar) ditahan selama tiga jam ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.


Menurut suruhanjaya itu, Pesuruhjaya Pas Perlis itu ditahan bagi merakamkan percakapan berhubung siasatan terhadap anak lelakinya yang ditahan bersama lima suspek lain di Perlis pada minggu lalu berkaitan tuntutan palsu bernilai RM600,000.


Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya, Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.


"Dia (Shukri) ditahan ketika memberi keterangan berhubung siasatan ke atas anak lelakinya tetapi kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM," kata Azmi seperti dipetik dari laporan media tempatan.


Pada Rabu lalu, anak lelaki Menteri Besar Perlis dilaporkan berkenaan direman bersama lima lagi individu di negeri berkenaan


bagi membantu siasatan pemalsuan tuntutan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur termasuk membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh negeri berkenaan sejak 2022.


Mereka bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang pada Jumaat lalu.


Antara kes yang disiasat SPRM susulan penahanan enam individu itu termasuk dakwaan tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan pembekalan air minuman berjumlah RM19,505 kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah.


Media tempatan sebelum ini melaporkan SPRM menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan bernilai kira-kira RM300,000.


Memetik sumber, laporan itu menyatakan pemimpin berkenaan juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan dengan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page