top of page

Selaras dengan MoU, KEADILAN tambah baik sistem jurucakap Parlimen


KEADILAN membuat penyusunan semula melibatkan portfolio jurucakap Parlimen, selaras dengan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).


Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia bagi menambah baik sistem jurucakap Parlimen sewaktu bersidang di Dewan Rakyat.


"Pada Julai 2020 parti telah melantik Ahli-ahli Parlimen KEADILAN menjadi Jurucakap dan Pembantu Jurucakap Parlimen bagi portfolio-portfolio tertentu.


"Kami menyedari sistem baharu ini perlu ditambahbaik memandangkan KEADILAN komited memperkasakan Parlimen.

"Ini selaras tekad parti-parti Pakatan Harapan yang menekankan reformasi institusi Parlimen sebagaimana terkandung dalam MoU antara kerajaan persekutuan dan PH," katanya dalam kenyataan.


Tambahnya, selain penyusunan semula, Ahli-ahli Parlimen KEADILAN akan dibantu oleh pasukan penyelidik untuk meningkatkan tugasan di Parlimen di samping mengupayakan sistem komunikasi dan pelaporan yang lebih efektif.


"Pada masa yang sama, wacana berterusan akan diadakan menampilkan Jurucakap-jurucakap Parlimen beserta pimpinan parti untuk membicarakan isu-isu di bawah portfolio yang disenaraikan.


"Fokus Jurucakap Parlimen KEADILAN adalah berkisar respon terhadap pandemik Covid-19, memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih saksama dan sistem kenegaraan berasaskan tatakelola yang baik," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page