top of page

Selangor tubuh 'taskforce' percepat mitigasi banjir - Amirudin



Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan sebuah pasukan khas terdiri daripada agensi negeri dan persekutuan serta pihak berkuasa tempatan bagi meneliti pelan dan mitigasi banjir secara menyuruh di negeri itu.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan menerima dengan hati terbuka teguran Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berhubung situasi banjir kilat di negeri itu.


"Pentadbiran ini menerima dengan hati terbuka teguran Tuanku yang sebenarnya menzahirkan betapa prihatinnya Tuanku terhadap nasib rakyat supaya tidak mengalami nasib seperti negeri lain.


"Patik menyatakan komitmen untuk mempercepat usaha ini supaya kelewatan dapat dielak, (disebabkan) sebelum ini sering kali berlaku akibat budaya bekerja silo di peringkat agensi," katanya dipetik.


Komitmen itu dinyatakan Amirudin melalui sembah ucapan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Alam Shahpada Rabu.


Sultan Sharafuddin ketika merasmikan Masjid Jamek Cina Muslim Klang minggu lalu menegur kerajaan negeri dan menggesa langkah efektif dan perancangan rapi dilaksana dalam mengatasi isu.


Baginda mahu bencana banjir melanda negeri itu pada Disember 2021 dijadikan sebagai iktibar.


Sementara itu Amirudin pada ucapannya memaklumkan, kira-kira RM1.774 bilion diperuntukkan bagi mengatasi banjir sekitar Petaling dan Klang untuk melaksanakan rancangan tebatan banjir dan kolam takungan dwifungsi.


Beliau turut menekankan pimpinan negeri terutama barisan EXCO supaya menggerakkan usaha sama ada projek pendalaman sungai dan pelebaran saliran atau kolam takungan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page