top of page

Selangor tubuh pasukan khas tangani kesan El Nino

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 27, 2024
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah proaktif bagi menangani fenomena El Nino yang diramal lebih teruk melanda negara pada Julai tahun depan dan 2026.


Exco Infrastruktur dan Pertanian negara Izham Hashim berkata, bagi tujuan itu, sebuah pasukan khas dibentuk dengan diketuai Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan dibantu agensi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.


"Pasukan khas itu dibentuk bagi melihat pengurusan bekalan air di Selangor terutama ketika berdepan kemarau lebih teruk dijangka pada tahun depan dan 2026 nanti.


"Perkara itu amat penting kerana bekalan bukan saja untuk diminum namun bagi keperluan pertanian dan faktor lain," katanya dipetik.


Terdahulu, Izham yang juga ADUN Pandan Indah melakukan tinjauan ke Stesen Pam Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya.


Mengulas lanjut mengenai jawatankuasa yang bakal dibentuk, beliau menjelaskan, ia akan berperanan melaporkan sebarang perkembangan situasi bekalan air kepada Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Selangor.


Jawatankuasa juga bertanggungjawab memantau isu berkaitan banjir, kemarau, kumbahan dan semua yang berkaitan dengan bekalan air di negeri itu.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page