top of page

Selangor tidak tolak PKP penuh tetapi utamakan bantuan kepada penduduk

Updated: May 20, 2021


Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak sekiranya Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh berikutan kenaikan kes harian Covid 19 kerana ianya dalam bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Bagaimanapun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Persekutuan perlu memikirkan aspek kehilangan pendapatan rakyat dengan mengagihkan bantuan tunai kepada mereka.


"Jika ditawar dua pilihan, menjaga nyawa rakyat adalah keutamaan kita. Namun, Kerajaan Negeri menerima PKP sepenuhnya dengan harapan ia dibuat menyeluruh.


"Sebagai contoh, bantuan kepada golongan berpendapatan rendah, tatacara operasi piawai (SOP) yang jelas dan melaksanakan saringan besar-besaran,” katanya dalam sidang media petang tadi.


Beliau turut mahu PKP penuh itu diiringi penyediaan moratorium pinjaman bank kepada rakyat yang terjejas serta mempertingkatkan amalan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan kemudahan mencukupi.


"Ini amat penting bagi menjamin kelangsungan kehidupan rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan PKP,” katanya.


Kerajaan Persekutuan mungkin akan menguatkuasakan PKP total sebagaimana dilaksanakan pada bulan Mac 2020 di seluruh Selangor bagi melandaikan keluk jangkitan Covid 19.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page