top of page

Mesyuarat khas MPP fokus PRN Sabah, tindakan ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 21 minutes ago
  • 1 min read
ree

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN hari ini mengadakan mesyuarat khas yang memberi tumpuan kepada analisis awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 serta perkembangan penting berkaitan dasar ekonomi semasa.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil, mesyuarat tersebut juga meneliti prestasi kerusi-kerusi yang ditandingi oleh KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam PRN.


"Dalam mesyuarat khas ini, MPP telah membincangkan dapatan awal bedah siasat PRN Sabah ke-17, termasuk isu-isu yang berkait prestasi kerusi-kerusi yang ditandingi KEADILAN dan Pakatan Harapan," katanya.


Tambah beliau, proses pengumpulan maklumat, pandangan dan syor berkaitan PRN Sabah akan diteruskan bagi membolehkan tindakan susulan diperincikan dalam mesyuarat MPP yang akan datang.


Mesyuarat khas itu turut menerima taklimat ringkas daripada Presiden KEADILAN yang juga Perdana Menteri mengenai langkah-langkah ekonomi semasa yang sedang dilaksanakan kerajaan.


"Mesyuarat juga telah menerima taklimat ringkas dari Datuk Seri Anwar berhubung beberapa tindakan ekonomi terkini termasuk kenaikan had ambang e-invois dan lebihan cukai yang perlu dibayar balik lebih pantas," jelas Fahmi lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page