
Keranaan Negeri akan memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi dan harga yang berpatutan.
Menurut Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pertanian & Perladangan dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim, anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan melakukan tindakan meneruskan intevensi harga serta bekalan sebagaimana yang dilakukan pada musim perayaan lalu, bagi menstabilkan bekalan ayam bulat di pasaran.
"Perancangan jangka pendek ialah kita teruskan program intevensi yang kita buat pada Hari Raya baru ini kepada ayam dan memastikan bekalan ditingkatkan.
"Kita telah sediakan melalui Fama 67 outlet di seluruh Selangor yang menjual ayam. Yang proses 4,000 ekor sekarang untuk proses jadi 10,000 ekor sehari dan menampung kekurangan bekalan ayam di 67 outlet hingga Hari Raya Aidiladha. Kita juga akan beri harga diskaun. Ini dilaksana di bawah Fama dan PKPS
"Kita bincang dengan PKPS jadi penengah untuk menternak lebih banyak ayam bagi membantu intevensi dalam keadaan ini," katanya.
Untuk makanan ternakan pula, tambah Izham, Selangor akan memulakan usahasama dengan sebuah syarikat inovasi dari UKM yang menemukan teknologi baharu menghasilkan makanan ternakan ayam, lembu dan kambing pada harga murah
Makanan alternatif itu, katanya pada jangka panjang akan menurangkan kos penternakan dan pastinya menurunkan harga ayam bulat di pasaran.
"Kita sudah ada perjanjian awal dengan syarikat di UKM, (mereka mencipta) makanan ruminan lembu, ayam sangat berkualiti dan kos separuh daripada biasa. Kita telah ada perbincangan dan mulakan makanan alternatif ini di Selangor
"Saya yakin kerana 85% harga ayam adalah makanan. Kalau kita buat begini (makanan alternatif) kita boleh turunkan harga dan kawal harga ayam yang lebih baik," katanya.
Selain itu, Izham juga mengakui kekurangan bekalan ayam di pasaran apabila syarikat penternakan ayam di Selangor tidak mampu memenuhi bekalan.
Katanya, pada waktu biasa sekali pun Selangor kekurangan 50% bekalan tempatan dan perlukan import dari negeri lain atau luar negara, apatah lagi ketika bekalan berkurangan ketika ini.
"Perkiraannya setiap penduduk yang makan ayam, setahun kita perlukan 46 kg seorang. Atau 3.9 kg sebulan, dalam 2 ekor ayam sebulan.
"Bermakna Selangor perlukan 174 juta ekor setahun atau 14 juta ekor sebulan. Pengeluaran yang dibuat oleh syarikat ayam 14 juta untuk 2 bulan, kita hanya dapat 50% sebulan.
"Tetapi syarikat yang keluar ayam ini tidak menjual semuanya di Selangor sebab mereka ada kontrak dengan pelanggan di luar jadi menyebabkan kita dapat kurang 50% sebulan.
"Sebab itu Selangor perlukan import. Ini yang jadi isu kalau berlaku apa apa masalah kita terasa awal. Keperluan kita sangat tinggi," katanya lagi.
Sehubungan itu, kerajaan Selangor akan menggunakan teknologi Revolusi Industri 4.0 bersama universiti tempatan untuk mencipta kaedah baharu yang lebih inovatif dan murah dalam menyelesaikan masalah industri penternakan ayam bagi sekurang kurangnya memenuhi keperluan tempatan dan meminimumkan import.