top of page

Selangor tawar latihan percuma bidang semikonduktor nilai RM10 ribu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 25 minutes ago
  • 1 min read


Kerajaan Selangor menawarkan peluang latihan percuma bernilai sehingga RM10,000 kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia yang sedang mencari kerja.


Exco Pelaburan Selangor, Ng Sze Han (gambar) berkata, program dalam sektor semikonduktor itu diperkenal bertujuan melahirkan tenaga mahir tempatan dalam bidang berimpak tinggi selari aspirasi menjadikan Malaysia sebagai hab reka bentuk cip bertaraf dunia.


"Program terbahagi kepada dua kategori iaitu National Semiconductor Excellence Program (NSEP) dan Global Semiconductor Exchange Program (GSEP).


"NSEP ditawarkan kepada graduan baharu serta rakyat Malaysia menganggur berusia bawah 30 tahun untuk mengikuti latihan reka bentuk litar bersepadu (IC) atau sistem terbenam (embedded systems) di Cyberjaya.


"Manakala menerusi GSEP, peserta akan dihantar ke Chennai, India bagi menguasai seni bina RISC-V, yang merupakan masa depan dunia cip," katanya dipetik.


Beliau sementara itu menjelaskan, Chennai dipilih berikutan ia merupakan ‘medan pertempuran teras’ global bagi teknologi semikonduktor.


"Peserta akan terlibat dalam projek dunia sebenar yang memberi kelebihan elit dalam industri," tambahnya.


Sze Han sementara itu memaklumkan, program itu turut terbuka kepada individu yang bekerja atau bukan graduan, tanpa had umur asalkan mempunyai latar belakang pendidikan STEM.


Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang asemedu.com/ybng-nsep-gsep-training.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page