top of page

Selangor tawar latihan kemahiran, teknikal untuk lepasan SPM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 27
  • 1 min read

Pelajar lepasan SPM diseru meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi
Pelajar lepasan SPM diseru meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan pelbagai program kemahiran, latihan teknikal dan pendidikan vokasional bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyambung pengajian.


Exco Sumber Manusia, V Papparaidu berkata, pendidikan bukan hanya tentang pencapaian akademik tetapi juga peluang membina jati diri dan masa depan lebih baik melalui kemahiran.


"Saya menyeru semua pelajar, tanpa mengira keputusan SPM anda, untuk terus melangkah ke hadapan dengan semangat juang yang tinggi.


"Pelajar berminat boleh menghubungi institusi berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus ditawarkan," katanya dipetik.


Beliau sementara itu menjelaskan, kursus ditawarkan meliputi pelbagai bidang antaranya teknologi maklumat, kejuruteraan, automotif, reka bentuk, kimpalan dan elektrik.


Terdapat juga kursus lain seperti penyejukan dan penyamanan udara (HVAC), mekatronik, teknologi maklumat, pastri, pereka fesyen wanita, jurukecantikan, perhotelan dan kulinari serta kursus kemahiran lain.

Berikut adalah senarai institusi berkaitan:


Selangor Technical Development Centre (STDC). Untuk permohonan layari:

layari laman rasmi STDC di https://stdc.edu.my/daftar-sekarang


Human Resource Development Corporation (HRD Corp). Untuk permohonan layari:sistem e-TRiS melalui laman web HRD Corp: https://hrdcorp.gov.my


CIAST (Centre for Instructor and Advanced Skill Training). Untuk permohonan layari: https://mohon.tvet.gov.my


GiatMARA dan Institut Latihan Perindustrian (ILP). Untuk permohonan layari: https://mohon.tvet.gov.my

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page