top of page

Selangor suntik RM30 juta tahun depan untuk baik pulih sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Amirudin sering melakukan lawatan ke sekolah di negeri Selangor
DS Amirudin sering melakukan lawatan ke sekolah di negeri Selangor

Kerajaan Selangor memperuntukkan RM30 juta untuk membaik pulih infrastruktur dan menyediakan persekitaran kondusif di sekolah menerusi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor.


Peruntukan itu yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan Selangor 2026 Jumaat lalu sekaligus menjadi jumlah tertinggi diperuntukkan setakat ini.


"Peruntukan ini bakal memberi manfaat kepada Sekolah Rendah Agama, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Sekolah Mubaligh.


"Kerajaan Negeri berharap insentif ini berupaya meningkatkan motivasi guru dan pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan dalam pelajaran," katanya Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.


Pada pembentangan belanjawan bertemakan “Selangor Juara, Rakyat Sejahtera” Jumaat lalu Amirudin mengumumkan peruntukan sebanyak RM136.2 juta untuk memperkukuh sektor pendidikan dan pembangunan modal insan di negeri itu.


Sementara itu menurut Amirudin, Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor yang diperkenalkan sejak 2009 itu mendapat maklum balas positif daripada pentadbir sekolah, guru dan pelajar kerana berupaya meningkat kualiti pendidikan, kesejahteraan warga sekolah dan pembangunan komuniti setempat.


Sepanjang tahun ini jelasnya, sebanyak 873 sekolah menerima manfaat daripada bantuan ini, tidak termasuk sekolah yang terjejas akibat bencana ribut dan banjir seperti di Sijangkang dan Meru.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page