top of page

Selangor sedia geran RM5,000 galak pengusaha taska daftarkan perkhidmatan



Kerajaan Negeri Selangor terus giat melaksana pelbagai program bagi memastikan pengusaha taska di negeri itu mendaftarkan premis mereka.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata Kerajaan Negeri akan memperkenalkan geran khas RM5,000 yang diberi secara ‘one-off’ sebagai insentif kepada pengusaha terbabit melengkapkan premis mereka mengikut spesifikasi ditetapkan supaya boleh didaftarkan.


"Antara alasan (tidak mendaftarkan taska) diberikan sebelum ini termasuk masalah kewangan, yang mana para pengusaha perlu mematuhi spesifikasi tertentu, terutamanya berkaitan premis.


"Pemberian ini merupakan satu insentif kepada mereka untuk melakukan pengubahsuaian yang diperlukan, dan kemudiannya mendaftarkan taska mereka," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu selepas merasmikan Majlis Penutup Program Advokasi Perkhidmatan Taska Peringkat Negeri Selangor 2024 pada Khamis.


Terdahulu pada ucapannya Anfaal menjelaskan, banyak manfaat yang akan diperoleh oleh pengendali atau pengusaha taska yang berdaftar, antaranya pengecualian cukai serta insentif-insentif khas dari kerajaan.


"Begitu juga jika terdapat syarikat korporat yang berminat untuk membuat program tanggungjawab sosial korporat dan turun padang, pastinya taska berdaftar yang akan menjadi pilihan mereka," katanya.


Tambahnya, setakat ini terdapat kira-kira 3,000 taska berdaftar dengan JKM di seluruh negara dengan 1,004 daripadanya adalah di Selangor.


"Setakat Julai lepas, jawatankuasa pemutihan untuk taska tidak berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor mengenal pasti terdapat 128 taska tidak berdaftar beroperasi di Selangor.


"Jumlah itu semakin menurun berbanding 407 pada tahun lepas dan 600 taska pada 2022 hasil program pemutihan yang dijalankan," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page