top of page

Selangor sedia 40 pam tambahan, siap sedia hadapi kemungkinan banjir



Kerajaan negeri Selangor siap sedia menggerakkan 40 pam tambahan di pintu kunci air bagi mempercepatkan aliran air, terutama di lokasi berisiko banjir ketika fasa Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim ditemui pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2024 di Shah Alam pada Jumaat berkata, itu merupakan antara langkah yang akan dilaksana kerajaan negeri bagi mengelak kejadian banjir besar tahun 2021 berulang.

"Kita sudah banyak pam, dengan tambahan 40 lagi pam tersedia untuk digerakkan di mana-mana lokaliti (banjir)," katanya dipetik.


Beliau turut memaklumkan, daripada jumlah 40 pam tersebut, 30 daripadanya adalah daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan selebihnya pam yang ditempah sebelum ini.

"Selain pam, kena berjaga dengan generator. Kalau ada pam, tiada generator, tidak guna.


"Justeru, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga diminta bersedia menggerakkan generator mereka bagi pam air yang menggunakan tenaga elektrik ini," katanya.


Sementara itu, ketika mengulas kerja-kerja menaiktaraf pam air di Taman Sri Muda, Izham memaklumkan ia berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya Febuari depan.


"Kerajaan Persekutuan juga sudah meluluskan peruntukan RM160 juta bagi pembinaan tembok penghalang banjir, khusus di Seksyen 25 (Taman Sri Muda)," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page