top of page

Selangor sasar kurangkan kadar pengangguran kepada 2.0 peratus

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 16
  • 1 min read



Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk mengurangkan kadar pengangguran di negeri itu kepada 2.0 peratus menjelang akhir tahun ini.


Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V. Papparaidu berkata, bagi mencapai sasaran itu pentadbiran negeri melaksana pelbagai inisiatif berskala besar termasuk penambahbaikan infrastruktur guna menarik pelabur dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi.


"Selangor telah berjaya menurunkan kadar pengangguran kepada 2.2 peratus pada suku pertama tahun ini.


"Berdasarkan trend semasa dan inisiatif berterusan yang dijalankan, kita yakin dapat menurunkannya lagi kepada 2.0 peratus menjelang hujung tahun ini," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Selangor di Bangunan SUK, di Shah Alam pada Khamis.


Terdahulu, media melaporkan pasaran buruh Malaysia mencatatkan kemajuan stabil pada suku pertama 2025 dengan petunjuk utama menunjukkan peningkatan bilangan penduduk bekerja dan kadar penyertaan tenaga buruh manakala kadar pengangguran menurun.


Langkah proaktif yang mahu dilaksana Kerajaan Selangor ini dilihat sebagai selari dengan aspirasi negara untuk memperkukuh pasaran kerja dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi pasca pandemik.


Sementara itu Papparaidu memaklumkan, pihaknya sedang giat mengadakan perbincangan untuk melibatkan syarikat-syarikat besar termasuk syarikat multinasional (MNC) dalam jelajah karnival kerjaya dianjurkan Kerajaan Negeri di seluruh daerah negeri itu.


Sepanjang tahun lalu, lebih 3,000 penduduk negeri itu telah berjaya mendapat pekerjaan menerusi karnival yang dianjurkan, sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Selangor.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page