top of page

Selangor sasar 61 pingat emas SUKMA 2024, atlet cemerlang terima insentif




Kontinjen Selangor meletakkan sasaran untuk meraih 61 pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak pada Ogos ini sekali gus menempatkan negeri itu dalam kelompok tiga teratas.


Exco Sukan, Najwan Halimi berkata, Kerajaan Negeri turut tidak menolak Selangor mampu untuk mengulangi kejayaan muncul juara pada edisi 2016.


Sebelum ini, laporan menyebut Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Mohamad Nizam Marjugi dipetik sebagai berkata Selangor meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.


Selangor akan menghantar 1,138 atlet yang menyertai semua 37 jenis sukan yang dipertadingkan pada temasya dwitahunan itu.


"Kerajaan negeri turut akan menyediakan insentif kepada para atlet yang cemerlang dalam SUKMA 2024 yang bakal berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.


"Menteri Besar sendiri akan umumkan apakah bentuk insentif semasa melepaskan bendera kontinjen negeri ke SUKMA nanti," katanya Ketika beruca pada Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Atlet Selangor di Shah Alam semalam.


Najwan berkata pihaknya juga akan mempersembahkan kepada Raja Muda Tengku Amir Shah tentang sukan yang berpotensi untuk baginda turun memberikan sokongan bagi melonjakkan moral para atlet di sana nanti.


Terdahulu beliau mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM10,000 setiap seorang kepada dua atlet Selangor berikutan kejayaan mereka mengharumkan nama negara dalam kejohanan dunia pada tahun lalu dan baru-baru ini.


Mereka ialah atlet tenpin boling negara, Natasha Mohamed Roslan meraih pingat emas acara individu pada Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait tahum lalu manakala Nor Farah Ain Abdullah dalam Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands pada April lepas.


Najwan berkata insentif tersebut merupakan tanda penghargaan Kerajaan Selangor yang berbangga dengan pencapaiaan kedua-dua atlet terbabit.


"Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan atlet Selangor yang mengharumkan nama Malaysia dan negeri ketika mewakili negara dalam kejohanan di pentas dunia," katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Atlet Selangor di Shah Alam.


Pada majlis itu Najwan turut menyempurnakan penyerahan insentif atlet Selangor yang turut dihadiri Mohamad Nizam.


Majlis itu turut meraikan lapan atlet negeri yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 dan turut menerima insentif berjumlah RM5,300.


Dalam ucapannya Najwan berkata kerajan negeri berharap atlet dapat mencapai kejayaan dalam bidang sukan seiring dengan kecemerlangan akademik.


Sementara itu, Natasha, 28, yang sebelum ini dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2023 berkata penghargaan Kerajaan Negeri menjadi pembakar semangat untuk dirinya berusaha dan berlatih lebih gigih dalam sukan tenpin boling.


"Saya tidak jangka akan terima insentif negeri, terkejut juga tetapi inilah rezeki. Ia menjadi pembakar semangat untuk saya mengharumkan lagi nama negara.


"Saya pernah menang secara berpasukan pada 2017 dalam kejohanan dunia tetapi apabila menang perseorangan, ini pencapaian terbesar saya," katanya dipetik Selangorkini.


Nor Farah Ain, 23, pula meletakkan sasaran untuk menjulang negara ke beberapa siri kejohanan antarabangsa selain mengulangi kejayaan dalam peringkat dunia tahun depan.


Pembantu tadbir di Majlis Bandaraya Shah Alam itu turut bersyukur kerana sentiasa mendapat dorongan keluarga dan majikan yang menghormati minatnya terhadap sukan berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page