top of page

Selangor pusat ekonomi berintensiti tinggi, penyumbang terbesar ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read
ree

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar atas) membuktikan keupayaannya memacu Selangor menjadi negeri termaju dan penyumbang utama kepada ekonomi negara sejak menerajui negeri itu pada 2018.


Berdasarkan dapatan Banci Ekonomi 2023 mengikut negeri dan daerah pentadbiran yang disiarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam, Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar ekonomi negara dengan nilai ditambah sebanyak RM417.6 bilion.


Sementara itu Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pencapaian itu sekaligus menggambarkan kedudukan Selangor sebagai pusat aktiviti ekonomi berintensiti tinggi.


"Analisis mengikut daerah menunjukkan Petaling sebagai penyumbang terbesar dengan nilai ditambah RM224.0 bilion, diikuti Klang (RM89.3 bilion), Gombak (RM32.2 bilion), Ulu Langat (RM28.7 bilion) dan Sepang (RM18.6 bilion)


"Bilangan pertubuhan yang beroperasi di negeri ini pada 2022 adalah sebanyak 270,363 pertubuhan dengan 2,679,675 pekerja.


"Sektor perkhidmatan menjadi teras pertumbuhan dan pembangunan daerah Petaling, manakala sektor pembuatan dan pembinaan turut memperkukuh struktur ekonomi daerah melalui penciptaan pekerjaan dan peluasan kapasiti perusahaan," katanya dipetik.


Untuk rekod, Selangor mencatat sejarah sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara bagi tahun 2024 dengan sumbangan sebanyak 26.2%, peningkatan berterusan sejak 2021.


Menteri Besar menyifatkan kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri, sektor industri, penjawat awam yang komited, serta rakyat Selangor yang sentiasa berdaya saing dan progresif.


Sementara itu, hasil bancian menyatakan kedudukan Kuala Lumpur sebagai pusat ekonomi utama negara melalui nilai ditambah kedua tertinggi sebanyak RM301.8 bilion.


Struktur ekonomi Kuala Lumpur didominasi sektor perkhidmatan, yang menyumbang 93.6 peratus daripada keseluruhan nilai ditambah.


Sarawak mencatat sumbangan nilai ditambah sebanyak RM165.4 bilion, ketiga tertinggi menerusi kepelbagaian sumbangan ekonomi mengikut daerah di Sarawak, manakala Johor merupakan negeri yang merekodkan sumbangan nilai ditambah keempat tertinggi menjana nilai ditambah sebanyak RM129.4 bilion.


ree

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page