top of page

Selangor perluas usaha tangani buli, masalah akhlak pelajar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 minutes ago
  • 2 min read

DS Amirudin menegaskan untuk tangani masalah buli dalam perbahasan di Dewan Negeri Selangor
DS Amirudin menegaskan untuk tangani masalah buli dalam perbahasan di Dewan Negeri Selangor

Kerajaan Selangor memberi amaran bahawa pengaruh kandungan digital tanpa kawalan kini menjadi ancaman serius kepada pelajar sekolah.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku kes kecelaruan seksual dalam kalangan pelajar akibat terdedah kepada kandungan digital yang tidak bermoral.


"Kes-kes masa kini tidak hanya dipengaruhi rakan sebaya atau digerakkan individu atau kumpulan sebaliknya melibatkan peranti-peranti digital atau media sosial.


"Kerajaan Negeri memberi perhatian khusus kepada isu ini terutama di sekolah satu gender dan sekolah berasrama," katanya dipetik ketika menjawab soalan pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam pada Jumaat.


Amirudin sebelumnya ditanya mengenai langkah Kerajaan Negeri bagi mengawal disiplin dan gejala negatif di sekolah agama yang semakin kompleks.


Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri sedang meneliti kaedah mengumpul data berkaitan minda, kecerdasan dan kesejahteraan pelajar dalam usahanya menangani isu disiplin dikalangan pelajar.


Kerajaan Negeri juga melaksana pelbagai pendekatan bagi memupuk budaya sekolah selamat.


"Usaha ini dilaksana dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) menerusi latihan minda sihat untuk guru kaunseling dan pembimbing rakan sebaya.


"Kelab pencegahan jenayah juga diperkasa dan pendidikan etika digital, buli siber serta keselamatan dalam talian turut diberikan kepada pelajar, guru dan ibu bapa,


"Kelab pencegahan jenayah juga terus diperkasa selain pendidikan keselamatan dalam talian untuk pelajar, guru dan ibu bapa," katanya.


Amirudin dalam pada itu menegaskan bahawa pemantauan penggunaan peranti digital perlu dilaksanakan secara bersama oleh sekolah, ibu bapa dan agensi berkaitan bagi mengelakkan gejala tidak diingini dalam kalangan pelajar.


Manakala pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menempatkan pegawai di semua sekolah menengah dan rendah bagi menjalankan pemeriksaan mengejut serta rondaan keselamatan berkala.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page