top of page

Selangor perluas Akademi Literasi al-Quran ke setiap daerah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Amirudin merasmikan Majlis Pembukaan Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Selangor
DS Amirudin merasmikan Majlis Pembukaan Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Selangor

Kerajaan Negeri Selangor akan memperluas pelaksanaan Akademi Literasi al-Quran Selangor (ALAS) ke setiap daerah sebagai usaha berterusan memperkukuh kefahaman serta penghayatan al-Quran dalam kalangan masyarakat.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan pendidikan al-Quran merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri menjadikan pembangunan Islam sebagai teras pentadbiran Selangor.


Langkah tersebut turut selari gagasan Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara kemajuan fizikal dan ekonomi dengan pengukuhan nilai kerohanian, akhlak serta kemanusiaan.


"Inisiatif ini bertujuan memastikan pendidikan al-Quran dilaksanakan secara lebih tersusun dan menyeluruh tanpa tertumpu kepada lokasi atau peringkat tertentu.


"Al-Quran bukan sekadar dibaca, sebaliknya perlu difahami, dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai asas pembentukan masyarakat MADANI," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pembukaan Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1447H/2026M di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Mengulas lanjut Amirudin berkata, peluasan inisiatif itu termasuk pengenalan program lanjutan bagi melahirkan generasi celik al-Quran yang berupaya memahami dan menyampaikan mesej al-Quran kepada masyarakat.


Langkah tersebut juga dijangka mewujudkan persaingan sihat di peringkat daerah serta melahirkan qari dan qariah berkualiti untuk mewakili Selangor dan negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page