top of page

Selangor perkukuh TVET, sedia generasi hadapi industri moden

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 12
  • 1 min read
DS Amirudin (tiga dari kanan) pada Sidang Kemuncak Selangor Techsphere 2025 di KLCC
DS Amirudin (tiga dari kanan) pada Sidang Kemuncak Selangor Techsphere 2025 di KLCC

Kerajaan Selangor merancang memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET) di peringkat sekolah menengah mulai tahun depan.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri berhasrat melahirkan generasi belia berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi industri berteknologi moden, sekali gus membuka peluang kerjaya bernilai tinggi.


"Kita mahu memastikan perubahan minda dan kemahiran bermula di peringkat sekolah menengah supaya generasi muda dapat melihat TVET sebagai laluan kerjaya yang bernilai dan berdaya saing," katanya dipetik pada Sidang Kemuncak Selangor Techsphere 2025 di KLCC pada Selasa.


Sementara itu beliau menjelaskan, dengan kemajuan automasi, robotik dan integrasi digital yang mengubah landskap industri, Selangor mesti memastikan rakyat memiliki kemahiran, pengetahuan dan minda yang tepat.


"Kerajaan negeri sedang membentuk generasi yang berkemahiran tinggi, adaptif dan relevan di peringkat global melalui Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC) dan Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISSAS).


"Fokus ini penting untuk mengekalkan Selangor sebagai enjin pembangunan industri dan ekonomi digital negara," tambahnya.


Sidang kemuncak yang julung kali dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui STDC dengan kerjasama Deutsche Messe, peneraju global di bawah jenama Hannover Messe.

Lebih 2,000 delegasi dan pengunjung dari lebih 20 negara dijangka hadir ke persidangan dua hari yang antara lain membincangkan strategi penerapan teknologi baharu, kelestarian dan pembangunan tenaga kerja industri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page