top of page

Selangor perkenal usaha baharu lindungi kesejahteraan mental pelajar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 8, 2025
  • 1 min read

Kerajaan Selangor terus berusaha menyediakan ruang selamat untuk pelajar berkongsi pengalaman, cabaran serta tekanan emosi bersama rakan sebaya yang memahami situasi mereka.


Susulan itu, kerajaan negeri bakal memperkenalkan program kesedaran kesihatan mental khas untuk remaja melalui penubuhan Kumpulan Sokongan Rakan Sebaya di sekolah terpilih di negeri itu, kata Exco Kesihatan Awam, Jamaliah Jamaluddin (gambar).


"Selangor menggandakan peruntukan kesihatan mental daripada RM700,000 kepada RM1.5 juta.


"Pembiayaan ini menyokong perkhidmatan utama seperti Talian SEHAT, talian bantuan psikososial, subsidi rawatan psikiatri serta khidmat kaunselor SEHAT Hub yang menawarkan sesi kaunseling percuma," katanya dipetik di Simposium Kesihatan Asean 2025 di Subang Jaya pada Ahad.


Simposium menghimpunkan pakar kesihatan dari seluruh Malaysia dan Asean, merangkumi sektor awam, swasta, institusi pengajian tinggi serta badan bukan kerajaan (NGO).

Program itu menjadi platform penting perkongsian kepakaran selain membuka ruang lebih menyeluruh mengenai inovasi perubatan, pembiayaan kesihatan mampan serta penggunaan teknologi baharu bagi memperkasa sistem kesihatan negara dan rantau ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Jamaliah turut menyatakan komitmen Kerajaan Negeri memperkukuh langkah pencegahan penyakit melalui pelbagai inisiatif.


Ia antaranya Program Selangor Saring, Bantuan Sihat Selangor (BSS), Iltizam Selangor Sihat (ISS) serta saringan kesihatan percuma untuk warga emas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page