top of page

Selangor pastikan rakyat nikmati kediaman terbaik, selesa

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 14, 2022
  • 1 min read


Kerajaan Negeri memastikan rakyat menikmati rumah kediaman yang selesa dan dalam julat harga yang benar benar mampu milik.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Rumah Selangorku Idaman dan Rumah Selangorku Harapan di bawah kerajaan Selangor dibina bagi memenuhi piawaian terbaik.


"Kualiti pembinaan dan kemudahan yang disediakan bagi projek-projek perumahan ini dipastikan memenuhi keperluan gaya hidup semasa. Sehingga kini, 130,545 kelulusan keseluruhan telah diberi untuk rakyat Selangor memiliki rumah sendiri.


"Selain rumah untuk dibeli, rakyat Selangor juga boleh menyewa sebahagian rumah ini dahulu dan beli kemudian menerusi Skim Smart Sewa Kemudian Beli (2STAY) yang menguntungkan," katanya.


Selain itu, kata MB, projek juga akan dipastikan siap mengikut jadual agar pembeli tidak mengalami penangguhan apatah lagi terbengkalai sebagaimana projek Kerajaan Persekutuan sebelum ini.


"Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan memantau dari semasa ke semasa projek supaya disiapkan dalam tempoh ditetapkan.


"Perumahan harga kawalan dan perumahan mampu milik juga diperhati agar memenuhi kriteria," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page