top of page

Selangor - Pahang tubuh jawatankuasa teknikal bersama



Kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor dan Pahang terus diperkukuh dengan pembentukan jawatankuasa teknikal bersama.


Penubuhan jawatankuasa itu hasil mesyuarat dua hala dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang semalam.


Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua mereka menyifatkan mesyuarat tersebut penting bagi mengukuhkan kerjasama strategik yang mampu memberi impak positif kepada rakyat kedua-dua negeri.


"Antara yang dirungkai dalam pertemuan adalah usaha memulakan kerjasama dalam beberapa isu kepentingan bersama.

"Antaranya berkaitan penyaluran dan pengurusan air mentah Pahang ke Selangor, Isu perhutanan dan persempadanan kedua-dua negeri dan kawalan pembangunan dan pemantauan di kawasan berisiko melibatkan cerun," kata kenyataan itu.


Mesyuarat tersebut membincangkan isu kerjasama hal ehwal latihan perkhidmatan awam dan gerak kerja kesukarelawanan bencana alam, langkah mengurangkan kesesakan terutama antara Gombak- Bentong dan peranan kedua-dua negeri dalam aspek keterjaminan bekalan makanan.


"Tindakan-tindakan susulan akan diteliti oleh jawatankuasa-jawatankuasa teknikal termasuk peranan anak-anak syarikat kerajaan negeri masing-masing.


"Kami berharap agar hubungan dua hala yang terjalin ini dapat dieratkan lagi dalam masa akan datang," tambah mereka.


Sementara itu, Wan Rosdy yang dipetik laporan media ketika mengulas mesyuarat itu berkata, Pahang dan Selangor mempunyai banyak peluang ekonomi yang boleh diteroka secara bersama yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negeri.


Pahang dan Selangor juga jelasnya mempunyai kelebihan tersendiri seperti bidang industri, pelancongan serta pertanian dan ini boleh dicontohi bagi manfaat bersama.


Sebelum ini, dalam satu kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, Datuk Seri Amirudin dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail setuju untuk menubuhkan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan Pahang.


Majlis tersebut akan memudahkan penyelesaian isu isu yang berbangkit semasa dan masa hadapan melibatkan kedua dua buah parti dan juga isu isu berkaitan rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page