top of page

'Selangor negeri KEADILAN, nyahkan pengkhianat' - Shamsul Iskandar



Episod pengkhianatan Langkah Sheraton tidak wajar melemahkan semangat anggota KEADILAN Selangor, sebaliknya wajar menjadi perangsang membuktikan parti boleh bergerak ke arah lebih cemerlang selepas ditinggalkan pimpinan yang mempunyai agenda peribadi.


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, oleh kerana Selangor merupakan pangkalan utama maka kejayaan menyatukan parti di negeri itu pasti akan dicontohi negeri-negeri lain, begitulah juga sebaliknya.


"Negeri Selangor merupakan negeri KEADILAN. Kita bertapak kukuh di sini, maka di sana ada pengkhianat yang cuba menggugat kestabilan parti dan politik dalam negeri.


"Saya datang dari Melaka. Di Melaka ada pantun dondang sayang. Saya percaya ramai orang tahu dondang sayang. Pantunnya ringkas tetapi mempunyai mesej mendalam.


Dilipat lipat daun lepat

Malam hari rebus ketupat

Kalau hasrat dengki khianat

Memang negeri mendapat laknat


"Ini pantun memberi peringatan kepada kita. Kalau selepas siri pengkhiantan ini ada lagi saki baki mempunyai niat untuk mengkhianati amanah rakyat, maka negeri ini akan mendapat laknat.


"Sebab itu kita mesti perkukuhkan syaf, nyahkan perasaan, kalau ada sedikit sayang (kepada pengkhianat), nyahkan terus. Sebab mereka kumpulan yang menikam kita, yang telah pun meninggalkan kita," ucapnya di Majlis Jelajah Presiden ke Negeri Selangor 2020, malam tadi.


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga menyeru KEADILAN Selangor mempamerkan kesatuan parti yang mantap di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.


Beliau menyarankan agar anggota parti tidak lagi saling mencurigai antara sesama ahli yang ingin meneruskan perjuangan dengan KEADILAN melalui serangkap pantun.


Terbang kunang di tengah malam

Hinggap masuk di tiang seri

Tangan kanan ajak bersalam

Apa maksud pisau di kiri


Katanya, ahli dan pimpinan perlu solid mendukung agenda Reformasi dan pastikan Datuk Seri Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini.


"Dari awal kita letakkan inilah tokoh yang akan mengemudi negara dengan agenda Reformasi. Semua ini telah dinukilkan sejak Deklarasi Permatang Pauh. Dari anggota kita yang sedikit masa itu, sehingga sekarang berkembang lebih sejuta ahli," katanya.


Bagaimanapun, Shamsul mengusik hadirin apabila menyifatkan KEADILAN parti yang agreasif dan sentiasa memerlukan aktiviti. Katanya, jika Cabang atau Ranting tidak ada aktiviti maka semangat melawan ahli akan ditujukan kepada sesama sendiri.


"Yang penting mesti ada kegiatan sebab dalam parti kita, jika tiada kegiatan dia jadi lain.


"Kalau tak ada aktiviti kita lawan sesama sendiri, kerana 'lawan tetap lawan'. Ini Datuk Seri Presiden yang gagaskan, tetapi dia suruh lawan musuh, bukan lawan walaupun dengan kawan. Tak boleh," katanya berseloroh.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan anggota KEADILAN Selangor tangguh melawan musuh serta pengkhianat dan menyebarkan mesej penerangan, terutama kejayaan parti mengurus negeri sejak 2008 lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page