top of page

Selangor meterai MOU bidang semikonduktur, AI dengan Taiwan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 25, 2024
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor melebarkan kerjasama dalam industri semikonduktor dan pendidikan kecerdasan buatan (AI) apabila memeterai usahasama dengan agensi pelaksana Taiwan.


Exco Pelaburan negeri, Ng Sze Han berkata kerjasama menerusi lima memorandum persefahaman (MoU) itu dilaksana di Sidang Kemuncak dan Ekspo Bandar Pintar di Taipei, Taiwan yang berakhir pada Sabtu.


"Kita tandatangan lima MoU, antaranya dengan pihak berkuasa tempatan Taipei dan beberapa persatuan bagi meningkatkan bidang semikonduktor dan teknologi AI.


"AI antara yang menjadi tumpuan kerana kita serius untuk majukan bidang itu. Kerjasama itu juga bakal melatih dan melahirkan pakar AI di Selangor," katanya dipetik pada satu sidang media bersempena majlis pecah tanah gudang PTT Logistics Hub 1 di pusat galeri pameran PTT Synergy Group Berhad di Bukit Jelutong pada Ahad.


Kerajaan negeri melalui Belanjawa 2024 memperuntuk RM1 juta bagi penubuhan Pusat AI Selangor dalam usaha memantapkan lagi sistem perkhidmatan Kerajaan Negeri.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata Selangor sebelum ini menegaskan pihaknya tidak mahu ketinggalan dan ingin merebut peluang dalam teknologi baharu yang sedang berkembang di seluruh dunia.


Selain industri AI, Kerajaan Negeri berhasrat memantapkan pembangunan dron menerusi pembinaan industri peranti keras (hardware) dengan peruntukan RM2 juta menerusi Belanjawan Selangor 2024.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page