top of page

Selangor lulus Undi 18, beri peluang anak muda tentukan hala tuju negeri



Usaha Kerajaan Negeri meminda had usia mengundi dari 21 kepada 18 tahun merupakan suatu pengiktirafan kepada generasi muda dalam menentukan hala tuju negeri melalui pilihan raya.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, kelulusan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021, yang membolehkan rakyat Selangor berusia 18 tahun mengundi dan bertanding dalam pilihan raya akan datang juga merupakan simbol kemenangan kepada anak muda yang memperjuangkannya sejak 2018 lalu.


Di peringkat Selangor, katanya, pindaan yang diusulkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari itu menunjukkan akan keprihatinan beliau terhadap isu tersebut.


"Perkara ini diusulkan sendiri oleh MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menjadi bukti betapa seriusnya Pakatan Harapan, khususnya KEADILAN mengangkat anak muda dalam menentukan hala tuju negeri.


"KEADILAN Selangor menyokong penuh segala usaha dan tindakan untuk memberi peluang dan ruang kepada anak muda dalam memastikan suara mereka lebih didengari di peringkat lebih tinggi, bukan sekadar menjadi pemerhati," katanya.


Sehubungan itu, Halimey mahu anak muda agar mengambil bahagian aktif dalam pelbagai program perintis yang disediakan kerajaan Selangor seperti Penggerak Belia Selangor (PeBS), Selangor Volunteer (Serve) dan Team Selangor.


"Program program ini telah diwujudkan demi memberi pendedahan kepada anak muda untuk bergiat aktif menyantuni rakyat dan dalam masa sama, mereka dapat mempelajari perihal polisi dan dasar Kerajaan Negeri demi memastikan tiada rakyat yang tercicir dari arus pembangunan.


"Dengan itu, KEADILAN Selangor menyeru seluruh anak muda bergiat aktif dalam setiap program yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.


"Pasukan Penerangan akan turut sama membantu memberi pendedahan pendidikan demokrasi dan politik demi melahirkan pemimpin yang bersahsiah tinggi, berintegriti serta berjuang menegakkan keadilan demi mengangkat martabat rakyat," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page