top of page

Selangor komited perkukuh kebersihan awam melalui reformasi menyeluruh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 27 minutes ago
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor terus komited memperkukuh serta melaksanakan reformasi menyeluruh dalam pengurusan kebersihan awam di negeri itu.


Sehubungan itu, Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim (gambar) berkata, pihaknya berharap pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.


"Pelaksanaan Akta 672 amat penting sebagai penyelesaian jangka panjang bagi memastikan penyeragaman serta keberkesanan kerja pembersihan dan kutipan sisa pepejal di seluruh negeri dapat dilaksanakan secara lebih sistematik," katanya dipetik.


Beliau turut memaklumkan, dalam usaha memperkukuh sistem sedia ada, Kerajaan Negeri mengenal pasti pembinaan kemudahan Waste-to-Energy (WTE) sebagai langkah strategik jangka panjang bagi pengurusan sisa pepejal di Selangor.


Menurutnya, langkah itu bukan sahaja mampu mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan, malah memastikan jadual kutipan sampah dapat dilaksanakan dengan lebih konsisten, termasuk ketika berdepan cabaran cuaca.


Sementara itu menurut Suee Lim, Kerajaan Negeri turut meneliti kerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyelaras pengurusan pembersihan di kawasan awam yang berada di luar bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).


Antara cadangan termasuk menyerahkan penyelenggaraan kawasan tertentu kepada syarikat konsesi bersama peruntukan berkaitan supaya operasi dapat dijalankan lebih berkesan.


Suee Lim dalam pada itu menegaskan bahawa kejayaan agenda kebersihan awam memerlukan penglibatan aktif masyarakat melalui penyaluran maklumat dan aduan kepada pihak berkuasa, di samping pendidikan sivik yang berterusan.


Kerajaan negeri komited menyediakan sistem yang lebih baik, namun sokongan rakyat amat penting bagi memastikan Selangor kekal bersih, sihat dan lestari, tegasnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page