top of page

Selangor komited lahirkan generasi baharu celik ilmu falak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 26
  • 1 min read

MB Amirudin di Majlis Penutupan Sambutan Bulan Falak Selangor 2025
MB Amirudin di Majlis Penutupan Sambutan Bulan Falak Selangor 2025

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Selangor komited untuk memperluas pendidikan falak di seluruh negeri merentas pelbagai lapisan masyarakat bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja celik teknologi tetapi juga berjiwa falaki.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Ilmu falak bukan sekadar pengetahuan teknikal semata-mata, tetapi membawa nilai besar dalam membina sebuah tamadun yang tertib, berdisiplin dan berjiwa tinggi.


"Ilmu falak bukan hanya bersifat teknikal atau akademik, tetapi menghubungkan manusia dengan nilai-nilai utama dalam membina sebuah tamadun yang madani.


"Ia mengajar kita tentang pentingnya tepat waktu, berdisiplin dan menyedari kebesaran Pencipta," kata menerusi satu hantaran di Facebook.


Terdahulu beliau hadir ke Majlis Penutupan Sambutan Bulan Falak Selangor 2025 yang bertemakan “Menjulang Falak, Menyubur Ketamadunan Madani” di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah pada Jumaat.


Pada ucapannya beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor serta semua pihak yang telah menjayakan program sambutan tersebut.

"Kita mahu lahirkan generasi yang bukan sahaja celik teknologi, tetapi juga celik falak, celik ibadah dan celik jati diri.


"InsyaAllah, usaha memperkasa ilmu falak akan terus digiatkan supaya ia menjadi budaya hidup," jelasnya.


Sambutan Bulan Falak peringkat Negeri Selangor selama sebulan sehingga 25 Julai 2025 bersempena Bulan Muharram telah diisytiharkan sebagai Bulan Falak Kebangsaan.


Dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Selangor, pelbagai program terutama berkaitan ilmu falak berjaya dilaksanakan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page