top of page

Selangor komited cipta peluang kerjaya lebih berkualiti - Amirudin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 2
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Selangor menyedari peranan pentingnya untuk menyediakan ekosistem yang mampu mencipta kerjaya dan kekayaan untuk rakyat.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi perutusan sempena Hari Pekerja pada Khamis berkata, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menawarkan pendapatan serta mutu kerja yang lebih tinggi menerusi kemasukan pelbagai pelaburan berkualiti termasuk dalam sektor industri digital.


"Pembangunan modal insan akan terus diperkasa bagi melahirkan tenaga kerja inovatif yang mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan pesat era digital.


"Pekerja adalah nadi ekonomi negara. Buat semua — penjaja, penjawat awam, petani, nelayan, usahawan dan seluruh warga kerja — selamat Hari Pekerja," katanya.


Bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’, sambutan tahun ini memberi penghormatan kepada sumbangan besar golongan pekerja sebagai tulang belakang kemajuan negara serta pelaksana utama aspirasi kemampanan, keadilan, dan kesejahteraan nasional.


Selangor secara konsisten mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia, terutama dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi, teknologi maklumat, industri elektrik & elektronik, serta bioteknologi.


Berdasarkan rekod, sepanjang 2023 hingga Jun 2024 sebanyak 2,132 projek pelaburan bernilai RM90.21 bilion meliputi sektor pembuatan dan perkhidmatan telah diluluskan di Selangor yang dijangka menyediakan 63,912 peluang pekerjaan baharu.


Dalam bidang digital pula, syarikat gergasi teknologi Google telah menyatakan komitmen melabur RM9.4 bilion bagi pembinaan pusat data dan Google Cloud Region di negeri itu.


Pelaburan itu dijangka membuka 26,500 peluang pekerjaan membabitkan nilai impak ekonomi RM15.04 bilion.

Komentarze


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page