top of page

Selangor komited bantu anak muda sambung pengajian tinggi - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 27
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor terus memperkasa pendidikan rakyat, khususnya anak-anak muda daripada keluarga B40 dan M40 yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata usaha itu diterjemah melalui pelaksanaan Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) yang memberi sinar kepada ratusan mahasiswa setiap tahun.


"Selangor beri ruang dan peluang kepada mahasiswa untuk terus melangkah ke menara gading. Inisiatif ini bukan sekadar retorik, tetapi satu realiti," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


Sejak diperkenalkan, program BAYU telah membantu antara 500 hingga 600 mahasiswa setiap tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.


Setiap pelajar yang layak khususnya mereka yang menuntut di Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Islam Selangor (UIS) akan menerima tajaan sebanyak RM500 bagi menampung yuran asas pengajian.


"Kita bantu tampung bayaran asas supaya mahasiswa boleh tumpu pada pelajaran," jelasnya.


Sehubungan itu Amirudin mengulangi tekad pentadbiran Selangor untuk terus menjadi negeri yang menyokong cita-cita dan masa depan anak muda menerusi dasar-dasar yang pro-rakyat.


Beliau berharap langkah yang dilaksana itu bakal melahirkan generasi muda yang berilmu dan berdaya saing.


"Selagi ada usaha dan semangat daripada anak-anak muda untuk mengubah nasib, pentadbiran Selangor akan sentiasa berada di belakang mereka sebagai sokongan," tambah Naib Presiden KEADILAN itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page