top of page

Selangor kembang formula tanaman padi Sekinchan ke kawasan lain

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 19, 2024
  • 2 min read


Kerajaan Selangor akan berusaha mengembangkan teknik penanaman padi di Sekinchan, Sabak Bernam yang terbukti berjaya meningkatkan hasil makanan ruji itu ke kawasan lain di negeri ini.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebenarnya peningkatan hasil padi di kawasan itu adalah bergantung kepada cara pesawah mengusahakan tanaman mereka.

"Untuk hal itu, saya sudah tanggungjawabkan kepada Datuk Ng Suee Lim (wakil rakyat Sekinchan) dan Datuk Rizam (Exco Kemajuan Desa dan Luar Bandar) bagaimana kita mengembangkan formula di Sekinchan ke beberapa lokaliti yang lain di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.


"Apa yang kita lihat pengeluaran padi Sekinchan agak tinggi dan dia tidak sama dan agak berbeza dengan pengeluaran padi tempat tempat lain termasuk di Tanjong Karang dan kawasan Sungai Panjang sampailah ke Sabak Bernam," katanya dipetik.


Amirudin berkata, kerajaan negeri perlu mencari kawasan projek rintis di kawasan baharu tersebut untuk mengembangkan kaedah tanaman yang diamalkan di Sekinchan.


"Ia bukan bergantung semata-mata kepada jentera dan teknologi tetapi juga bagaimana teknik dan kaedah penjagaan sepanjang musim padi. Ia bukan lagi 3T (iaitu) tanam, tinggal dan tuai.


"Sebenarnya kalau kita kekal format cara lama, tabur, tinggal tuai ia akan hasilkan hasil yang kurang. Perlu ada penyelenggaraan dan penjagaan. Jadi ini yang akan kita kembangkan," ujarnya.


Sebelum ini laporan menyebut hasil padi di Sekinchan merupakan antara yang tertinggi dalam negara dengan setiap hektar mampu menghasilkan sebanyak 12 tan padi berbanding negeri lain.


Selain sistem pengairan berkesan, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan (IoT) turut diterapkan bagi meningkatkan hasil tuaian.


Selasa lalu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dipetik sebagai berkata kementeriannya akan menggerakkan inisiatif Gelombang Padi tahun ini untuk menambah baik dan meningkatkan mekanisme pengeluaran padi,


Inisiatif itu menggariskan 12 program untuk dilaksanakan sebagai hala tuju baharu industri padi tempatan antaranya memperkenalkan dasar baharu Insentif Benih Padi Sah (IBPS).


Kementerian berkenaan juga berusaha mencapai kadar sara diri (SSR) seperti yang digariskan antaranya meningkatkan pelbagai bentuk pertanian moden, pembajaan penagiran supaya mencapai hasil yang lebih tinggi.


*Kredit foto: Selangorkini

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page