top of page

Selangor jalankan sesi penilaian Belanjawan 2021 secara atas talian

Updated: Jul 22, 2021


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak melemahkan perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan prestasi jentera kerajaan berjalan lancar.


Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sesi libat urus penilaian Belanjawan 2021 atau rewiew budget negeri itu akan dilaksanakan secara atas talian melibatkan Ahli Dewan Negeri Kerajaan dan Pembangkang seawal minggu hadapan.


"Bulan Julai atau akhir Jun saya sudah aturkan perbincangan secara atas talian dan fizikal oleh mereka yang berkemampuan, untuk buat penilaian bajet


"Sebab ketika Ordinan Darurat tidak membenarkan kita bersidang (DUN) untuk penilaian bajet, bila ada titah (buka Parlimen) yang terbaharu jadi kita akan buat.


"Ia (libat urus) akan berjalan Selasa depan satu sesi. Melibatkan pembangkang, kerajaan dan sebagainya. Bukan satu siri tetapi tiga empat siri untuk melihat belanjawan negeri Selangor apa yang kita ingin fokus, ubah atau kurangkan.


"Sebab 60 - 70% belanjawan yang kita bentang telah terganggu hala tujunya kerana serangan Covid yang panjang sehingga 6 bulan. Banyak program yang dijadual tak dapat dijalankan.


"Namun jika DUN boleh dibuka, kita lihat pula macam mana," katanya kepada wartawan usai melawat program saringan Covid 19, Fasa 3 di Dewan Beringin Taman Sri Gombak, semalam.


Menjawab soalan wartawan adakah Kerajaan Selangor akan membuka sidang DUN sebagaimana beberapa negeri lain yang mengumumkan bakal berbuat demikian, Amirudin membayangkan sidang Dewan akan mengikut jadual biasa iaitu diadakan pada Ogos ini.


"Setakat ini sebagaimana dimaklum oleh Speaker, secara lazim paling awal kita laksanakan minggu ketiga Ogos.


"Tetapi saya minta Speaker siapkan persediaan SOP dan sebagainya. Perlu atau tidak pembukaan dewan, perlu atau tidak titah Seri Paduka Baginda dan saya akan serahkan kepada Tuanku.


"Setakat ini Speaker masih sediakan perancangannya dan kita akan persembahkan kepada Tuanku. Kalau ikut Ordinan Darurat kita kena pohon kebenaran Yang di-Pertuan Agong. Saya akan dapatkan kebenaran Tuanku, sebab akan melibatkan batang tubuh Tuanku selaku pembuka Dewan dan selepas Tuanku perkenan kita akan kemukakan kepada Agong


"Kalau Ordinan Darurat telah selesai (pada 1 Ogos) maka kita akan buat secara biasa," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page