top of page

Selangor hargai penjawat awam, salur RM100,000 kepada CUEPACS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 13
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan peruntukan RM100,000 kepada Cuepacs Selangor bagi meningkatkan motivasi penjawat awam di negeri itu untuk berkhidmat dengan lebih cekap dan berintegriti.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) menerusi ucapan di Majlis Hi-Tea Cuepacs Negeri Selangor di Klang pada Jumaat berkata, Kerajaan Negeri menghargai penjawat awam sebagai tulang belakang pembangunan negeri dan negara.


Justeru, peruntukan tersebut bertujuan memperkukuh kebajikan, latihan dan kemahiran agar kompetensi mereka dapat ditingkatkan.

"Penjawat awam perlu beradaptasi dengan cabaran semasa supaya terus mendapat kepercayaan rakyat. Apabila kita melaksanakan kerja dengan baik, tersusun, kemas dan kukuh, Insya-Allah kebajikan penjawat awam juga dapat dipertingkatkan, termasuk memastikan upah dan gaji yang lebih baik.


"Ini penting kerana kita mahu sampai ke tahap negara berpendapatan tinggi, dan penjawat awam juga menerima gaji setimpal dengan taraf tersebut," katanya dipetik.


Sementara itu, Setiausaha Agung Cuepacs Selangor Abdul Rahman Mohd Nordin menyambut baik sumbangan yang disifatkannya sebagai suntikan semangat kepada seluruh warga perkhidmatan awam.


Peruntukan tersebut jelasnya akan dimanfaatkan sebaiknya untuk mengadakan persidangan, forum dan latihan bagi memperkukuh kecekapan penjawat awam serta mendidik mereka agar lebih matang dalam mendepani cabaran termasuk pengaruh media sosial.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page