top of page

Selangor diserang, ekonomi tetap terunggul - Amirudin Shari



Serangan bertali arus pengkhianat KEADILAN terhadap Selangor tidak mengubah kekuatan negeri itu.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor tetap negeri penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan dalam masa sama politik negeri itu kekal stabil biar pun diganggu gugat oleh para pengkhianat sejak Februari lalu.


"Walaupun asas, akar pergerakan Langkah Sheraton bermula di Selangor, pimpinan KEADILAN Selangor, alhamdulillah tidak ada satu Cabang pun di negeri ini yang bubar akibat episod kita lalui.


"Mereka cuba tarik satu dua orang keluar. Saya lihat ia tidak melemahkan kita. Walaupun cabang dirempuh, angkatan muda kita digoyang, termasuk Ketua Wanita KEADILAN Selangor keluar, kita masih lagi kukuh, termasuk sayap-sayap Angkatan Muda dan Wanita.


"Malah hari ini kita boleh melupakan perbezaan akibat pemilihan parti yang lepas dan kita mempertahankan Selangor sebagai wilayah KEADILAN.


"Mereka seranglah macam mana pun, pencapaian kita tidak boleh dinafikan. Tahun lepas, 2019 negeri Selangor masih mencatat RM17 bilion pelaburan mengatasi negeri-negeri lain.


"Tahun lepas juga mencatat Selangor menjadi penyumbang terbesar KDNK. 2017 sebanyak 22.3%, tahun 2018 22.7%. Tahun 2019 kita menyumbang 24%. Hampir 1/4 kek ekonomi negara disumbangkan hasil pengurusan rakyat negeri Selangor yang kita cintai," katanya ketika berucap dalam Majlis Jelajah Presiden ke Negeri Selangor 2020, malam tadi.


Sehubungan itu, Amirudin menggesa anggota KEADILAN Selangor agar tidak berputus harap menghadapi cemuhan rakan-rakan yang telah meninggalkan parti.


Sebaliknya, katanya, ahli dan pimpinan harus menguatkan usaha agar menang besar sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 bagi membantu Pakatan Harapan merampas Putrajaya.


"Kita perlu ada keyakinan dan memandang positif ke hadapan. Bukan sekali kita diuji. Bukan sekali hilang pimpinan utama tetapi parti ini terus ke hadapan.


"PRU 2004 kita pernah hilang kerusi. Hanya ada Permatang Pauh (yang menang). Siapa sangka kita bangkit pada 2008, cemerlang 2013 dan merampas Putrajaya pada 2018?


"Apa yang mahu dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) adalah agenda perkauman, agama sempit. Sekarang semua agenda itu hilang. Hari ini RUU 355 kita tengok presiden Pas mahu lihat Perlembagaan. Bukankah itu yang kita sebut dahulu? Isu (pembunuhan) Adib juga senyap.


"Rakyat telah lihat (hipokrasi PN). Jadi kita jangan lemah semangat dan jangan hilang kewarasan. Kita kena kumpulkan kekuatan dan tujuan kita satu, mahu menang di Putrajaya (sekali lagi)," katanya.


Untuk rekod, PN cuba merampas Selangor dalam beberapa percubaan, namun gagal kerana pemimpin yang merupakan sekutu Azmin Ali suatu ketika dahulu telah berpaling menjadi penyokong kuat Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.





0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page