top of page

Selangor buka permohonan baharu bantuan BINGKAS



Kerajaan negeri Selangor membuka permohonan baharu bagi program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 2024.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Anfaal Saari berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM108 juta bagi inisiatif itu dan mensasarkan 30,000 penerima.


Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan ia antara program bantuan kewangan terbesar berbanding negeri-negeri lain.


"Program ini menawarkan bantuan RM300 sebulan selama 24 bulan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan kelengkapan pendidikan.


"Bagi tahun tahun ini, kerajaan negeri menambah baik pelaksanaan BINGKAS dengan memperluas syarat pendapatan bulanan isi rumah kepada RM5,000 dan ke bawah berbanding RM3,000 sebelum ini," katanya dipetik.


ADUN Taman Templer itu turut menegaskan, program itu yang diperkenalkan sejak 2018 berjaya meringankan beban kewangan dan meningkatkan daya tahan keluarga.


Kerajaan Negeri meneruskan inisiatif itu selaras dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini sekaligus menyumbang ke arah pencapaian petunjuk makro Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi mengurangkan kemiskinan relatif dalam kalangan rakyat Selangor

"Syarat kelayakan penuh program BINGKAS bagi 2024 adalah warganegara Malaysia, pengundi berdaftar di Selangor, lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.


"Selain itu, pemohon yang mempunyai sekurang-kurangnya tanggungan dua anak berusia 18 tahun ke bawah," tambahnya.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Ogos ini. Maklumat lanjut boleh diajukan ke talian hotline Selcare 1-800-22-6600 atau melalui emel info@selcare.my.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page